fb fb fb fb fb

Pemandu kurier cedera parah, langgar lori kontena di lorong kecemasan

IPOH, 3 Ogos - Seorang lelaki cedera parah selepas lori kurier dipandunya terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang rosak awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan kejadian berlaku di Kilometer 336 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Katanya, pemandu lori kurier itu sedang dalam perjalanan menuju ke Ipoh.

(Akibat pelanggaran itu, lori tersebut terjunam ke bawah jambatan)

"Setibanya di lokasi kejadian, lori dipandunya hilang kawalan dan melanggar bahagian kanan hadapan lori kontena yang diletakkan di lorong kecemasan selepas mengalami kerosakan mekanikal.

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua lori tersebut telah terjunam ke bawah jambatan," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Mohd Yusri, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menghubungi Inspektor P.Prathiparaj di nombor 014-6178095 untuk siasatan lanjut," katanya.

Media Baharu