KUALA LUMPUR, 30 April- Pemain industri pelancongan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan kepada pelancong ketika perniagaan mereka bertambah baik.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai harga yang dikenakan kepada pelancong terlalu tinggi.
"Kami terima banyak aduan mengenai harga yang terlalu tinggi. Ini bukan cara kita menarik pelancong kerana pelancong sekarang cakna mengenai perbandingan harga.
"Jadi saya menyeru orang ramai agar bekerjsama dengan kerajaan. Kita cuba yang terbaik bagi menarik pelancong. Kita bekerja keras," katanya dalam ucapannya di majlis Hala Tuju Strategik Tourism Malaysia Menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di ibu negara.
Majlis itu merupakan sesi rangkaian bersama-sama industri dan badan pelancongan negeri dalam
pertukaran pendapat dalam persediaan VM 2026.
Pada masa sama pihaknya akan terus bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Kementerian Pengangkutan dan syarikat penerbangan antarabangsa tempatan dalam meningkatkan kekerapan penerbangan.
Selain itu, laluan baharu akan ditingkatkan termasuk penambahan kapasiti tempat duduk, terutamanya daripada pasaran utama seperti seperti Asia Barat, China, India, dan Korea.