PUTRAJAYA, 27 Oktober- Pemahaman tentang ilmu agama perlu menjadi teras dalam membangunkan Malaysia MADANI dan menegakkan syiar Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh melemahkan kekuatan agama.
Malah, sebarang perbezaan pendapat perlu ditangani secara bijaksana dan berhikmah.
"Maka tidak kira siapa, semua harus ada kefahaman asas tentang Islam untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Ia juga untuk mengelakkan daripada menjadi alat atau mangsa kefahaman yang mungkin mengelirukan sama ada fahaman barat atau fahaman yang boleh melemahkan kekuatan Islam," kata Anwar ketika berucap pada Majlis Ilmu MADANI di Putrajaya.
Mengulas lanjut, Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) turut bekerjasama dalam memastikan kefahaman tentang Hadis 40 Imam Nawawi dapat diserapkan di sekolah.