fb fb fb fb fb

Peluasan SST dijangka jana hasil tambahan negara RM5 bilion

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Pelaksanaan peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang bermula 1 Julai lepas dijangka menjana hasil tambahan sebanyak RM5 bilion tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata tambahan hasil itu sekali gus memperkukuh kedudukan kewangan negara.

“Dengan peluasan skop SST mulai 1 Julai 2025, kerajaan menjangka akan berupaya menjana hasil tambahan sebanyak RM5 bilion pada tahun ini.

"Tambahan hasil ini bersama pendekatan perbelanjaan berhemah telah memperkukuh kedudukan kewangan negara, membolehkan kerajaan menampung perbelanjaan operasi dan pembangunan tanpa menambah pinjaman atau hutang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, meskipun masih terlalu awal untuk melihat impak keseluruhan, unjuran awal kementerian menunjukkan kesan ke atas isi rumah adalah rendah dan terkawal.

Katanya, perkara itu dipengaruhi oleh pelbagai kemudahan dan pengecualian yang diperkenalkan kerajaan sebagai langkah mitigasi bagi mengurangkan beban rakyat.

Katanya, perkara itu dipengaruhi oleh pengecualian yang diperkenalkan kerajaan sebagai langkah mitigasi bagi mengurangkan beban rakyat.

"Barangan keperluan asas seperti makanan ruji, ubat-ubatan, buku, serta mesin pertanian dan penternakan tidak dikenakan cukai.

"Manakala cukai perkhidmatan hanya tertakluk kepada perkhidmatan komersial tertentu yang lazimnya digunakan golongan berpendapatan tinggi," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN