fb fb fb fb fb

Pelihara kebersihan demi kehidupan sihat sejahtera



KUALA PERLIS, 21 Januari-
Rakyat Perlis hendaklah sentiasa berusaha dan memikul tanggungjawab bagi memelihara kebersihan alam sekitar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah, selain kediaman, lokasi tarikan pelancong, kedai makan dan tandas awam juga hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih, kelihatan ceria, teratur dan menarik.

"Kebersihan adalah tanggungjawab semua secara bersama sebagai masyarakat bertamadun yang mahukan kehidupan sihat dan sejahtera, bukan hanya untuk hari ini sahaja tapi untuk generasi masa depan," titah baginda ketika menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar kawasan Projek DiRaja Kampung Warna-warni, Program Transformasi Kampung Seberang Ramai di sini.

Baginda berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada warga asnaf.

Bank Rakyat yang diwakili Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasinya, Nizam Sani, turut menyumbangkan RM1,000 di setiap rumah, di samping sumbangan pelitup muka dan tisu basah daripada Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis.

Media Baharu