fb fb fb fb fb

Pelbagai program sempena ulang tahun ke-59 KELANTANfm

KOTA BHARU, 16 November- KELANTANfm menyambut ulang tahun ke-59 hari ini dengan meriah melalui beberapa program menarik antaranya Busking secara langsung di Konti dengan menampilkan nyayian penyampai-penyampai popular KELANTANfm selain upacara potong Kek sebagai gimik sambutan.

Penyelia Siaran KELANTANfm Sumardi Hamat @ Muhammad berkata, sambutan hari ini juga bagi merapatkan hubungan diantara kakitangan KELANTANfm disamping mengingati peranan pentingnya radio kepada masyarakat.


(Penyelia Siaran KELANTANfm Sumardi Hamat @ Muhammad)

Katanya, selain itu, pihaknya juga akan meneruskan program Sosial Korporat (CSR) KELANTANfm ambil peduli dengan menyantuni pendengar setia radio nombor satu masyarakat di Kelantan dan pengiat seni di negeri itu yang di timpa musibah.

"Seperti mana kita sedia maklum sambutan 59 tahun Kelantanfm agak dekat dengan hari pilihan raya PRU15 namun walau bagaimanapun kami di Kelantan menyediakan program-program seperti drama sempena Hari Kelantan fm ini juga hari tidak lupa membuat program-program lain,"katanya pada RTM di Jabatan Penyiaran Kelantan, Wakaf Che yeh Kota Bharu hari ini.

Media Baharu