fb fb fb fb fb

Pelbagai langkah diambil kekang ancaman di Pantai Timur Sabah

Menteri Pertahanan, Datuk  Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil beberapa langkah bagi mengekang sebarang ancaman di kawasan pesisir Pantai Timur Sabah dalam  mendepani cabaran keselamatan di kawasan berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk  Seri Mohamad Hasan berkata, langkah tersebut termasuk mengekalkan operasi ATM sedia ada, selain  memperkasa melalui latihan sama ada di peringkat perkhidmatan dan latihan.
 
Tambahnya, pembinaan Kem Tentara Darat di Felda Sahabat Lahad Datu turut  memperkukuh pertahanan di kawasan daratan dan perairan  kawasan tersebut daripada ancaman asing.

Pembinaan  yang  bernilai  RM547 juta dijangka siap pada pertengahan tahun 2027.

"Selain daripada itu aset-aset lain yang ditempatkan seperti radar 'Coastal Surveilance System (CSS)', dua buah pangkalan operasi hadapan di laut di perairan Semporna dan Sandakan yang melibatkan pengoperasian Tentera Laut secara silih berganti. Kita ada sebuah kapal silih berganti Kapal Bunga Emas dan Kapal Tun Azizan serta aset Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara  yang telah meningkatkan keselamatan maritim dan daratan di kawasan berkenaan", katanya.

Beliau menjawab soalan  yang di kemukakan Senator Datuk Noraini Idris  di Dewan Negara.

ROSLINA BINTI DIN