DUBAI, 5 Februari - Pelari menara negara Soh Wai Ching memulakan tahun 2022 dengan kejayaan mempertahankan gelaran juara bagi Perlumbaan Larian M-One.
Aksi tersebut berlangsung pada hari ini di Hotel Media One, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Menerusi hantaran di laman media sosialnya, Wai Ching memaklumkan telah menamatkan perlumbaan sebagai pelari terpantas keseluruhan menerusi Acara Lelaki Terpantas terbuka.
Perlumbaan meliputi larian condong 1.2 kilometer diikuti dengan lebih 700 anak tangga dari tingkat 7 ke tingkat 42 Hotel berkenaan.
Jelas pelari dari Selayang itu, biarpun berjaya mempertahankan kejuaraan namun masa yang dicatat gagal memperbaiki catatan direkodkan pada tahun 2020.