(FOTO BERNAMA)
PUTRAJAYA, 2 Disember- Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan pelantikan beliau ke jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo.
"Ini merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan istiqamah, ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara," kata Fadillah kepada media di sini.
Jawatan itu kata beliau bukan untuk dibanggakan tetapi amanah rakyat dan negara yang harus dipikul sebaik mungkin.
Fadillah yang turut dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi berjanji akan memikul amanah dan tanggungjawab yang diberi berpaksikan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
(Datuk Seri Anwar bercakap pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan
/PMO)