fb fb fb fb fb

Pelanjutan moratorium PPR RTO, inisiatif galakkan golongan B20 dan B40 miliki kediaman - KPKT

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Pelanjutan moratorium bayaran sewa sehingga akhir 2022 bagi PPR RTO (PPR dimiliki) sedia ada di bawah kawal selia dan pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) antara inisiatif bagi menggalakkan golongan B20 dan B40 memiliki kediaman.

Ia selaras dengan hasrat kerajaan dalam membela nasib golongan itu demi mencapai 'Satu Penduduk Satu Rumah'.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerjaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata selain program galakan itu pengecualian pembayaran sewa selama tujuh bulan kepada 3,636 unit rumah PPR dan 632 unit rumah transit turut dilaksanakan.

"KPKT akan terus mengkaji dan melaksanakan inisiatif-inisiatif bersesuaian untuk memastikan kesinambungan bantuan kepada golongan terkesan ini disamping meneruskan perumahan mampu milik selaras dengan RMKe-12," kata Dr Ismail menjawab soalan Senator Datuk Mohan Thangarasu.


(Gambar Fail)

Dalam perkembangan lain di parlimen, Peraturan Peranti Perubatan (MDA) sentiasa memantau bekalan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 bagi memastikan ia sentiasa mencukupi.

Ia bagi mengatasi kekurangan kit ujian kendiri itu sehingga menyebabkan kenaikan harga di beberapa premis jualan.

"Semua kit yang diluluskan adalah dibekalkan oleh lebih 80 syarikat yang telah mendapat kelulusan MDA sehingga saya sebut tadi. Sehingga kini, ada 125 sehingga 10 haribulan, 3 syarikat telah mendapat kelulusan untuk menjual produk ini. MDA sentiasa memantau tentang keberadaan membuat keputusan keperluan-keperluan yang ada," kata Dr Azmi ketika menjawab soalan yang di ajukan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff.

"Sehingga kini 8,084 premis di seluruh negara telah diluluskan untuk menjual Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 sejak Oktober tahun lalu," tambahnya.

Media Baharu