fb fb fb fb fb

Pelancongan perubatan di Malaysia dorong isu klinik, doktor palsu

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/ BERNAMA

KULIM, 25 Januari- Kedudukan negara sebagai antara destinasi pilihan pelancongan perubatan mendorong berlakunya kegiatan perkhidmatan klinik dan perakuan sijil doktor palsu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sektor perubatan negara kita mendapat perhatian sangat baik daripada negara jiran terutama Indonesia yang memilih fasiliti kesihatan di negara ini.

"Oleh disebabkan negara kita menjadi tumpuan dalam sektor perubatan maka berlaku isu pemalsuan sijil perubatan, klinik, doktor dan sebagainya dapat dikesan.

"Tetapi saya memberi jaminan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terus berurusan dalam perkara itu dengan cermat sebelum visa dikeluarkan bagi tujuan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan di sini

Semalam media melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menahan 10 lelaki warga Bangladesh dalam operasi ke atas klinik doktor warga asing di sembilan lokasi sekitar ibu negara. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI