fb fb fb fb fb

Pelancongan komuniti diberi tumpuan, bantu jana ekonomi penduduk

Perasmian Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Perlis 2025 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

KANGAR, 30 April- Pelancongan komuniti terus diperkasa dalam menjana ekonomi penduduk setempat selain mempelbagaikan produk tempatan khususnya di Perlis.

Exco Pelancongan Negeri Perlis Abu Bakar Hamzah berkata, tumpuan utama diberikan kepada produk ekopelancongan, adat, Seni dan budaya, tradisi dan makanan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

"Perkara itu seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan kesinambungan kepada Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang sedang berlangsung ketika ini.

"Pelbagai lokasi baharu pelancongan akan diketengahkan di negeri itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 termasuk di kawasan Banjaran Nakawan yang mempunyai lebih 1,000 gua yang boleh diteroka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Perasmian Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Perlis 2025 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 150 Penggiat Industri Pelancongan pelbagai bidang di seluruh Perlis bagi merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2026.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI