fb fb fb fb fb

Pelan Tindakan Kawalan Sempadan Darat, perkasa kawalan sempadan negara

PUTRAJAYA, 13 Januari - Pelan Tindakan Kawalan Sempadan Darat bakal dibangunkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun ini bagi memperkasa kawalan sempadan darat negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, untuk itu pihak kementerian akan memulakan kajian pembangunan sistem integrasi kawalan sempadan yang dikenali sebagai Sistem Kawalan Sempadan Kebangsaan, (NBCS).

"Negara kita begitu poros dari segi sempadannya dia boleh masuk dari sempadan darat dia boleh masuk daripada sempadan laut dan juga dari udara bagaimana cara nak pastikan kita boleh capai satu tahap yang begitu baik sekali banyak dokumen telah saya tengok banyak buku saya dah baca.

"Masalah ini bukan hanya negara kira masalah timbul bila negara-negara yang sempadannya begitu poros," menurut Hamzah ketika berucap menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 KDN di di sini.

Jelasnya lagi empat pintu masuk baharu negara akan dibuka, masing-masing di Teluk Melano dan Kapit di Sarawak, Pengerang di Johor dan Setiu, Terengganu.

Pembukaan pintu masuk ini dapat meningkatkan kemudahan kemasukan warga asing ke Malaysia.

Media Baharu