fb fb fb fb fb

Pelan Pemulihan Negara 2.0 lebih komprehensif dan inklusif

PUTRAJAYA, 11 Januari - Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2.0 akan dirangka secara lebih komprehensif serta inklusif bagi memastikan pemulihan seterusnya yang bersifat menyeluruh.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, satu pasukan kerja bakal dibentuk bagi meneliti secara mendalam sektor yang perlu diberi keutamaan sesuai jangka masa pemulihan.

Menurut beliau, jika sesuatu sektor dibiarkan untuk pulih secara semula jadi, ia bakal mengambil lebih banyak masa untuk pulih sepenuhnya.

Ujar beliau lagi dengan PPN 2.0, Majlis Pemulihan Negara (MPN) mempunyai hala tuju lebih khusus bagi membantu sektor yang memerlukan.

Pasukan kerja tersebut akan mengemukakan cadangan serta memperhalusi langkah menangani kes COVID-19 tanpa harus mengambil langkah kebelakang dengan mengenakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Media Baharu