fb fb fb fb fb

Pelan Hala Tuju SC: Penyelesaian inklusif pasaran modal, mudahkan kos pengumpulan dana PMKS, MTC

Pelan Hala Tuju SC: Penyelesaian inklusif pasaran modal, mudahkan kos pengumpulan dana PMKS, MTC

KUALA LUMPUR, 23 Mei - Pelbagai langkah diperlukan bagi memastikan penyelesaian pasaran modal yang lebih inklusif dan boleh disesuaikan dengan pelbagai model perniagaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC).

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam "Memangkin Akses PMKS dan MTC kepada Pasaran Modal: Pelan Hala Tuju Lima Tahun (2024-2028)" yang dikeluarkan hari ini, SC memaklumkan bahawa perniagaan-perniagaan seperti itu kerap menghadapi kos pengumpulan dana yang tinggi, terutamanya yang berkaitan dengan yuran profesional dan perbelanjaan pematuhan.

Walaupun ia terpakai kepada pelbagai instrumen pasaran modal, libat urus pasaran telah mendedahkan bahawa kos yang tinggi dan keperluan pematuhan yang mencabar ketika melibatkan penyenaraian

“Jumlah kos penyenaraian yang dianggarkan untuk Pasaran LEAP adalah kira-kira RM1 juta hingga RM2 juta (mewakili 13 peratus daripada jumlah dana yang diperoleh).

“Ini diterjemahkan kepada purata kos penyenaraian yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan hanya sembilan peratus dalam Pasaran ACE dan empat peratus dalam Pasaran Utama, yang menyebabkan pertimbangan dilakukan jika mahu disenaraikan di Pasaran LEAP,” kata SC.

SC juga berkata kos penyediaan yang tinggi untuk penyenaraian juga berpunca daripada kekurangan persediaan untuk memenuhi keperluan-keperluan pematuhan, termasuk keperluan untuk mendapatkan masa tambahan dan nasihat profesional dalam bidang yang mana perusahaan kekurangan pakar.

Walaupun proses mendapatkan kelulusan penyenaraian telah dipercepatkan daripada perspektif kawal selia, libat urus pasaran menunjukkan bahawa terdapat keadaan yang mana penyediaan untuk memenuhi keperluan pematuhan bagi penyenaraian mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun.

“Ini menekankan keperluan untuk langkah-langkah bersasar bagi mengurangkan kos dan menangani kesediaan PMKS dan MTC untuk melakukan perubahan bagi syarikat-syarikat berpotensi tinggi yang bersedia untuk pasaran modal dan penyenaraian,” kata SC.

aidan