fb fb fb fb fb

Pelaksanaan rangkaian kedua 5G, tiada kos tambahan kepada pengguna

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Syarikat Telekomunikasi memberi jaminan pelaksanaan rangkaian kedua 5G tidak akan melibatkan tambahan kos kepada pengguna.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi perbincangan dengan pengendali rangkaian mudah alih (MNO), sejak pagi tadi.

"Kami mempunyai komitmen daripada semua Ketua Pegawai Eksekutif (Syarikat Telekomunikasi) melalui perbincangan sejak awal lagi dan tidak ada perkataan mengenai kos tambahan untuk pengguna," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pertukaran Momerandum Persefahaman Program dan Inisiatif Bagi Penggunaan Rangkaian 5G Sektor Vertikal Serta Perusahaan Kecil dan Sederhana antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini.

MCMC diberi tanggungjawab memilih penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih bagi membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia, bermula dengan proses AIP (Pakej Maklumat Aplikasi) pada 1 Julai.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM