fb fb fb fb fb

Pelaksanaan Projek SMART SBB, KADA dijangka hasilkan hasil padi sehingga 6.47 tan

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Muhammad Husin / Foto RTM

PASIR PUTEH, 13 Mei - Pelaksanaan projek rintis Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) membabitkan kawasan seluas 64 hektar di Kelantan, dijangka mengeluarkan hasil padi hingga 6.47 tan secara purata.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Muhammad Husin, berkata ia membabitkan peningkatan sekali ganda berbanding kaedah penanaman biasa yang hanya memperoleh dua tan bagi setiap 0.4 hektar.

"Program hari ini adalah merupakan sambungan daripada apa yang kita lakukan dahulu memulakan program projek SMART SBB Sekinchan di Kampung Tok Ajam ini sebagai daripada projek yang baru kita lakukan untuk KADA dan hari ini hari penuraian", katanya demikian elepas Majlis Penuaian Projek SMART SBB Ala Sekinchan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad memaklumkan sekiranya projek rintis berkenaan berjaya, pihaknya akan memperluas SMART SBB Ala Sekinchan itu ke seluruh Kelantan.

Media sebelum ini melaporkan petani di Bendang Tok Ajam mula mengaplikasikan amalan SMART SBB Ala Sekinchan bagi meningkatkan pengeluaran padi.

Penanaman bermula Januari lalu itu menggunakan benih padi jenis MR 297 dan jenis CL 220 yang berkualiti sebagaimana disaran dan disahkan oleh Jabatan Pertanian, bagi meningkatkan kuantiti serta kualiti hasil.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD