fb fb fb fb fb

Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan penting perkasa kedaulatan negara

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan, penting dalam memperkasa kepentingan dan kedaulatan negara.

Ia khususnya dalam mendepani isu-isu dalaman dan antarabangsa.

Pandangan itu disuarakan Pengarah Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Komunikasi, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTM, Dr. Suhaimee Sahar.

(Dr. Suhaimee Sahar)

Beliau berpendapat beberapa isu yang boleh menggugat keselamatan negara harus dilihat secara holistik.

Ini supaya satu pelan tindakan dapat diwujudkan secara spesifik mengenai hala tuju dan perancangan perolehan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kita ada satu visi pertahanan negara iaitu Malaysia yang selamat, berdaulat dan makmur. Ini adalah amat penting bagi memastikan bahawa bukan sahaja keselamatan negara, sama ada di lautan, darat haruslah diperkasakan.

"Isu ini sentiasa dalam bentuk yang kompleks dan dinamik, bagaimana hubungan antara luar negara berlaku, ini diambilkira agensi pertahanan dalam memastikan keselamatan kita, keharmonian negara dan paling penting keutuhan wilayah dapat dikekalkan dan dijaga rapi," katanya.

Beliau menyatakan berkata demikian dalam rancangan terbitan RTM.

Media Baharu