fb fb fb fb fb

Pelaksanaan hukuman sebat, tiada sebarang perbincangan - Azalina

Azalina Othman Said

KUALA KUBU BAHARU, 30 April-Tiada sebarang perbincangan dibuat berhubung pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau awam bersama-sama kerajaan negeri Terengganu.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Mungkin senang hanya menyatakan ingin melakukan hukuman dalam aspek jenayah syariah tetapi pelaksanaan itu.

"Kerana kalau tahanan masih di bawah bidang kuasa PDRM (Polis Diraja Malaysia), kalau nak melakukan tahanan nak meletakkan dalam penjara pun masih Penjara Malaysia," selepas melawat projek naik taraf, ubah suai dan pemulihan bangunan mahkamah di sini.

Katanya, cadangan itu tidak mudah untuk dilaksana kerana memerlukan rombakan undang-undang secara menyeluruh.

"Pelaksanaan masih di peringkat kerajaan pusat yang memerlukan rombakan menyeluruh daripada undang-undang sedia ada daripada segi penguatkuasaan.

"Siapa ingin membuat pelaksanaan sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai polis atau penjara sendiri?," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM