fb fb fb fb fb

Pelajar cemerlang Johor raih Anugerah Pencapaian Terbaik Dunia

FOTO FB Aznan Tamin

JOHOR, 29 November- Pelajar cemerlang tajaan Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) mengharumkan nama negara selepas meraih Anugerah Pencapaian Terbaik Dunia dalam Peperiksaan A–Level Cambridge.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata, kejayaan luar biasa itu diraih bekas pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) Johor Bahru, Laxmann Muralitharan yang memperoleh markah penuh 100 peratus dalam subjek matematik.

Selain, memperoleh 97 peratus dalam subjek kimia, dan 93 peratus dalam subjek fizik.

Dua lagi penerima biasiswa BOMJ turut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan A-Level, iaitu Muhammad Fauzi Syahmi yang memperoleh gred A*AAA dalam subjek matematik, kimia, ekonomi dan fizik.

Manakala Lee Choon Ming, memperoleh gred A*AA dalam matematik, kimia dan fizik.

"Kerajaan Johor berharap pencapaian mereka mampu menyuntik inspirasi kepada semua warga Johor, untuk mengejar impian mereka, seterusnya mengharumkan nama Johor di peringkat global, katanya.

BOMJ dilancarkan tahun lalu oleh Yayasan Pelajar Johor (YPJ), memberi biasiswa khusus kepada bakat–bakat terbaik negeri.

Trainee