GEORGN TOWN, 5 Oktober - Hilang sebelah penglihatan akibat terkena mercun bola ketika berusia lima tahun tidak menghalang Siti Nur Aishah Abdul Rani untuk mengejar cita-cita menjadi seorang pendidik.
Siti Nur Aishah, 19, gembira apabila ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ilmu Kemanusiaan.
Malah, lebih bangga apabila anak ketiga daripada lima beradik itu merupakan individu pertama dalam keluarga yang menjejakkan kaki ke menara gading sekali gus mahu menjadi contoh dan inspirasi kepada adiknya yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
"walaupun saya..pemegang kad OKU…adalah sedikit cabaran dalam untuk menumpukan fokus dalam kelas dan juga untuk membuat assignment ..kemungkinan" katanya ketika ditemui pada sidang media bersempena dengan pendaftaran pelajar baharu ke USM bagi program ijazah sarjana muda sesi 2024/2025 di Dewan Utama Desasiswa USM
Sementara itu, pelajar Orang Asli Khaikal Jaafar, 19, daripada suku Temiar dan Semai, berkata dia demi azam untuk mengubah nasib diri dan keluarga serta sanggup merantau seorang diri ke Pulau Pinang.
"saya merupakan orang Ali suku kaum Temiar…dan merupakan orang pertama melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia…dan juga menjadi kebanggan kepada penduduk kampung saya di Perkampungan Orang Asli di Simpang Pulai, Perak."
Seramai 4807 pelajar baharu mendaftar di USM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma di universiti itu bagi Sidang Akademik 2024/2025.
Bagi kategori B40,1,500 calon ditawarkan untuk menyambung pengajian , merangkumi 31.2 peratus daripada jumlah pelajar baharu.
Seramai 20 calon OKU ditawarkan tempat di ketiga-tiga kampus USM selain kehadiran lima pasangan kembar dan 21 atlet negeri yang membuat pendaftaran secara serentak turut menarik perhatian.