fb fb fb fb fb

Pelaburan-i Rizq Plus beri peluang pelaburan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 9 September- Akaun Pelaburan i-Rizq Plus julung kali diperkenalkan Bank Rakyat sebagai produk pelaburan pertamanya selepaskan dilancarkan pada 15 Julai lalu.

Bank Rakyat memberi peluang kepada individu berstatus warganegara serta bukan warganegara yang sedang meneroka peluang pelaburan baharu dengan pelaburan minimum serendah RM100, serta baki minimum pelaburan dalam akaun hanya sebanyak RM50.

Naib Presiden Bahagian Deposit Bank Rakyat, Noor Azilla Nasarudin berkata, disasarkan lebih 60,00 akaun Pelaburan-i Rizq Plus akan dilanggan bagi tahun pertama pengenalan produk itu kepada orang ramai.

Beliau turut menambah, "penerimaan terhadap akaun ini amat menggalakkan.

"Setakat Ogos lepas, lebih kurang 1,000 pemegang akaun untuk pelaburan itu.

"Sejak dilancarkan 15 Julai lalu, kita menyasarkan sekitar 60,000 pemegang akaun baru untuk tahunan." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

(Noor Azilla Nasarudin, Naib Presiden Bahagian Deposit Bank Rakyat)

Media Baharu