KUALA LUMPUR, 31 Mei- Pelaburan syarikat gergasi teknologi, Google sejumlah RM9.4 bilion di Malaysia akan menjadi pemangkin kepada kemajuan industri kecerdasan buatan (AI) negara.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pembangunan pusat data dan Wilayah Awan Google pertama di Malaysia membantu mengubah landskap teknologi dalam negara.
"Sudah pasti ia akan membantu meningkatkan produktiviti negara di samping itu juga dapat meningkatkan bagaimana kepenggunaan buruh mahir dalam proses pengeluaran dalam sesuatu produk dan perkhidmatan dan penggunaan AI sudah pasti jadi batu loncatan untuk ekonomi lebih dinamik,"katanya.
Selain itu, pelaburan ini juga membuktikan tahap keyakinan tinggi pelabur terhadap negara.
Beliau berkata demikian kepada RTM.