KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan ketika ini turut dipacu pelaburan domestik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia mengambil kira momentum kukuh dalam sektor berkenaan sehingga menarik minat, keyakinan serta komitmen pemain industri tempatan.
"Pelaburan domestik telah meningkat secara luar biasa, jadi saya mengucapkan ribuan terima kasih (kepada sektor swasta).
"Sekiranya terdapat pelaburan domestik yang cukup mengagumkan, maka saya tidak sepatutnya menghalang anda untuk mengenakan cukai yang terlalu tinggi," katanya ketika berucap pada pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-78 Dewan Perniagaan dan Industri China Bersekutu (ACCCIM) di sini.
Katanya sektor swasta termasuk perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta PKS mikro akan diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan 2025, yang bakal dibentangkan Jumaat depan.
BERITA BERKAITAN: