fb fb fb fb fb

Pelaburan AS dialu-alukan: Tumpu ekonomi digital dan teknologi hijau

(Ismail Sabri di Washington)

WASHINGTON D.C, 13 Mei- Malaysia menjemput syarikat-syarikat besar (Fortune 500) dari Amerika untuk melabur dan meningkatkan pelaburan dalam negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini terutamanya dalam bidang pendigitalan, pembangunan bakat serta Tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG).

Perdana Menteri menyatakan hasrat itu pada pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-Asean (US-ABC) Ted Osius, di sebuah hotel di sini.

US-ABC yang diasaskan pada 1984 mewakili 170 perniagaan Amerika terbesar di Asia Tenggara.

Menerusi perbincangan itu, Perdana Menteri menekankan Malaysia menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, boleh membantu menarik pelaburan baharu dari Amerika Syarikat.

Perdana Menteri turut menjelaskan, Kuala Lumpur, kini memberi fokus kepada pembangunan ekonomi digital dan teknologi hijau terutamanya membabitkan kereta elektrik.

Malaysia juga akan terus menjadi ekonomi terbuka dengan dasar pro-perniagaan dan pragmatik yang menyokong iklim pelaburan.

Malaysia telah mengesahkan perkongsian komprehensif ekonomi serantau (RCEP) bagi menggiatkan semula aktiviti perniagaan domestik dan antarabangsa.

Menurut Ismail Sabri, beliau akan menggalakkan perniagaan Amerika Syarikat untuk memanfaatkan peluang pelaburan luas yang dibentangkan menerusi perjanjian perdagangan mega tersebut.

(Ismail Sabri (tengah) berbincang dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-Asean (US-ABC) Ted Osius (dua dari kanan)
pada Rabu (Khamis di Malaysia)



Perdana Menteri Malaysia, yang tiba di sini pada Rabu, dalam lawatan kerja selama empat hari ke Amerika Syarikat.

Pegawai-pegawai kanan itu termasuk Presiden Boeing untuk Asia Tenggara Alexander Feldman, Ketua Dasar Persekutuan Tesla Hasan Nazar, Naib Presiden Korporat Hal Ehwal Awam Micron Courtney Geduldig.

Presiden bagi Asia Pasifik, Jepun dan China di Cisco Dave West, Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Google Karan Bhatia serta Naib Presiden dan Ketua Perhubungan Kerajaan Global Texas Instrument Steve Bonner.

Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali serta Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Antara lain, beliau menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) Malaysia dan tiga entiti Amerika, iaitu World Innovation, Technology and Services Alliance (WITSA), Accenture PLC dan Human Resource Certification Institute (HRCI).

Perdana Menteri turut menyaksikan penyerahan Surat Niat (LoI) oleh MyDigital Corporation Malaysia kepada empat syarikat Amerika iaitu Cisco Systems Inc; Intel Corporation; Microsoft Corporation dan Micron Technology Inc serta penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada Advanced Micro Devices Inc untuk pengembangan syarikat itu di Malaysia.


Media Baharu