fb fb fb fb fb

Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak

Tan Sri Abang Johari berucap pada Majlis Perasmian Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Tebingan Sungai Kuching

KUCHING, 28 April- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari bersetuju dengan cadangan mewajibkan komuniti perniagaan di Semenanjung Malaysia untuk mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta atau membeli hartanah bernilai tidak kurang RM1.5 juta.

Menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof itu, beliau berkata bagaimanapun komuniti perniagaan yang berhasrat berpindah ke Sarawak perlu membawa idea baharu serta menyumbang dalam sektor ekonomi negeri.

"Saya setuju dengan Timbalan Perdana Menteri, bermaknanya ramai orang sudah melihat Sarawak, negeri ini sudah seperti permata.

"Prestasi ekonomi negeri telah berjaya mengatasi Johor. Kita adalah antara tiga negeri teratas ketika ini dan tidak lama lagi mungkin mengatasi Selangor, sebab itu banyak orang yang hendak pindah ke sini,"katanya.

Beliau menegaskan perpindahan tersebut hanya membolehkan mereka tinggal di Bumi Kenyalang bukan menjadi warga Sarawak.

Komuniti itu juga perlu membeli hartanah minimum RM1.5 juta atau pelaburan RM2 juta ke dalam bank kerajaan.

Ini berikutan perkembangan ekonomi di Sarawak yang semakin memberangsangkan selain menjadi pilihan destinasi pelaburan serta menyediakan peluang pekerjaan.

Pendekatan itu katanya telah digunapakai di Singapura Beliau menyatakan demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Tebingan Sungai Kuching hari ini.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya Tan Sri Abang Johari berkata kerajaan negeri komited menyelenggara paip-paip lama di seluruh Sarawak dengan peruntukkan RM1.08 billion.

Tahun ini katanua, RM294 juta digunakan untuk menukar paip-paip lama di Kuching dan ditreruskan sehingga ke utara Sarawak untuk memastikan kemampanan sumber air di negeri itu.

Justeru beliau mengalukan bantuan dana daripada Kerajaan Perseketuan untuk membantu penyelenggaraan dan transaksi digital data perpaipan di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Tan Sri Abang Johari memaklumkan, dua stesen janakuasa arang batu di Sarawak berpotensi dibangunkan semula menjadi stesen janakuasa biomass.

Beliau berkata dua stesen yang dimaksudkan itu melibatkan stesen Sejingkat dan Balingian di Mukah.

Jelasnya, pelan itu dirangka selepas hasil lawatan kerja di sebuah stesen janakuasa berkuasa arang batu di Draxx, Poland yang diubah menjadi biomas baru-baru ini.

Oleh itu beliau akan berbincang dengan Sarawak Energy Berhad, SEB bagi melihat pembangunan semula stesen janakuasa terbabit.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE