fb fb fb fb fb

Pelabur China minat bangunkan pusat bioteknologi di Negeri Sembilan - Aminuddin Harun

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun / Foto RTM

PETALING JAYA, 3 Jun - Negeri Sembilan terus giat menarik pelaburan bagi meningkatkan daya saing ekonomi negeri itu apabila pelabur dari China berminat untuk membangunkan pusat bioteknologi di kawasan seluas 400 ekar di Bandar Enstek.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri komited bagi memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan segera dalam usaha mengembangkan industri bioteknologi negara.

"Hasil perbincangan kita dengan beberapa syarikat bioteknologi, dan pengusaha menyatakan hasrat mereka untuk membina pusat bioteknologi.

"Kami pasti ia dapat menarik ramai pengusaha bioteknologi China dan memastikan dilaksanakan dengan segera kerana mereka mahu melaksanakan pengembangan industri di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis 'MIDF Luncheon Talk Negeri Sembilan-The Next Smart Frontier' di sini, hari ini.

Sementara itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri turut bercadang untuk membangunkan Pelabuhan
Kontena AI yang bakal ditempatkan di Port Dickson.

Katanya, mengambil kira kesesakan operasi di Pelabuhan Klang, Port Dickson dilihat sebagai lokasi strategik untuk dijadikan tapak cadangan hab pelabuhan baharu, yang telah diluluskan Kementerian Pengangkutan.

"Kita dapat kelulusan untuk membina Pelabuhan AI di Port Dickson dan kita telah bincang dengan tuan tanah sebanyak 600 ekar dalam peringkat akhir untuk kita tandatangani. Jadi kawasan ini dapat kita muktamadkan, kita akan mohon Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan zon perdagangan bebas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD