fb fb fb fb fb

Pelabuhan Kemaman: peruntukan hampir RM1 bilion bagi mempertingkatkan keupayaan operasi


KEMAMAN, 15 Januari
- Keupayaan operasi Pelabuhan Kemaman akan dipertingkatkan menerusi pemasangan dua kren gergasi dan pembesaran kawasan dermaga melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.

Projek fasa pertama perlu dilaksanakan selepas dua syarikat gergasi kilang pemprosesan besi keluli akan memulakan operasi dan meningkatkan kapasiti pengeluaran menjelang 2024.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sebuah syarikat tersebut - JXR Manufacturing akan mengambil alih tapak operasi bekas kilang PERWAJA dan akan beroperasi sepenuhnya menghasilkan produk besi keluli 'steel billet' pada 2024 berjumlah tujuh juta tan kargo setahun.

Manakala, syarikat Eastern Steel Sdn Bhd-ESSB, pengguna utama Pelabuhan Kemaman ketika ini akan melaksanakan pembesaran kilang bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran daripada 1.5 juta tan kargo kepada lima juta tan kargo setahun.

"Bila sampai 2024, kedua-dua syarikat gergasi besi keluli ini akan memberi impak besar daripada segi permintaan untuk kapasiti menguruskan barang-barangan yang dieksport dan juga import".

"Maka atas faktor ini, Pelabuhan Kemaman terpaksa dilipat gandakan usahanya dari segi kapasiti perlu dipertingkatkan, bermaksud kena melakukan pembesaran dermaga kepada waktu yang sama penggunaan kren", jelasnya selepas melancarkan Cadangan Pelan Pembangunan Pelabuhan Kemaman di Kemaman, Terengganu.

Media Baharu