Pekerja pembinaan maut dihempap bongkah konkrit

FOTO JBPM SARAWAK

SIMUNJAN, 27 Februari – Seorang pekerja tapak pembinaan maut selepas dihempap bongkah konkrit dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bongkah konkrit digunakan untuk ujian beban pada tapak projek pembinaan.
  • Enam anggota bomba dari Balai Simunjan digegaskan ke lokasi selepas panggilan kecemasan.
  • Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis.
  • Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Mangsa dikenali sebagai Chai Mui Kiong, 67 tahun.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, bongkah konkrit berkenaan digunakan bagi tujuan ujian beban pada permukaan tapak projek pembinaan terbabit.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.14 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan digegaskan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit pada struktur konkrit sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut laporan PGO.

Kes diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut.