fb fb fb fb fb

Pejalan kaki maut, dilanggar kereta di Tenom

Foto RTM

TENOM, 29 Mac- Seorang pejalan kaki maut apabila dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang remaja berumur 17 tahun di KM6 Jalan Tenom-Entabuan, kira-kira pukul 6.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tenom, DSP Hassan Majid yang mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi pemberita berkata mangsa, Marry Guntar, 44 tahun maut di tempat kejadian.

DSP Hassan berkata hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati remaja terlibat memandu dari arah rumahnya di Kampung Ponontomon Tenom menuju ke Pekan Tenom.

Apabila sampai di tempat kejadian, remaja berkenaan dipercayai terlanggar seorang pejalan kaki yang sedang berjalan di bahu jalan menuju arah yang sama.

Akibat pelanggaran itu, mangsa telah tercampak sejauh tiga meter ke bahu jalan sebelah kiri, dalam keadaan kepala berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan Hospital Tenom.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM