fb fb fb fb fb

Pejabat LHDN Kuala Lumpur kini beroperasi di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim

Pejabat LHDN di Menara Olympia, Kuala Lumpur telah ditutup sepenuhnya

PUTRAJAYA, 2 Jun- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuala Lumpur kini beroperasi di lokasi baharu iaitu di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim.

LHDN menerusi satu kenyataan memaklumkan pejabat di Menara Olympia, Kuala Lumpur telah ditutup sepenuhnya.

Menurut agensi itu, sebarang urusan surat-menyurat boleh dimajukan kepada alamat baharu iaitu LHDN Kuala Lumpur, Karung Berkunci 00010, Pejabat Pos Besar, 50990 Kuala Lumpur.

“Pejabat LHDN Kuala Lumpur sebelum ini telah mengeluarkan hebahan penutupan melalui notis pemberitahuannya pada 29 Mac lepas sebagai pemakluman awal bagi memudahkan urusan percukaian pembayar cukai di lokaliti berkenaan,” menurut kenyataan tersebut.

Pembayar cukai juga boleh berkunjung ke pejabat agensi itu di Pudu Sentral atau mana-mana pejabat LHDN berhampiran atau menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE