fb fb fb fb fb

Peguam kes i-serve, MYAirline dibebaskan dengan jaminan polis

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 29 Oktober - Seorang peguam sebuah syarikat pelaburan dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat lepas, dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama-sama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menerusi satu kenyataan berkata lelaki berumur 62 tahun itu telah dibebaskan pukul 9.00 malam di Balai Polis Pudu, di sini.

"Peguam itu akan dipanggil semula untuk menyambung rakaman percakapan.

"Kesemua suspek berkhidmat di syarikat i-Serve, dengan memegang jawatan pembantu kewangan, pengurus penyelidikan dan pembangunan (R&D), peguam dan pemegang saham," katanya.

Pada 27 Oktober lepas, empat individu termasuk peguam itu ditahan bagi membantu siasatan kes
dan masing-masing direman satu hingga empat hari.

TETITIA YUSOFF