fb fb fb fb fb

Pegawai polis IPK Kedah maut terkena tembakan

Mangsa dibawa ke Hospital Sik

SIK, 29 Februari- Seorang pegawai polis Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas terkena tembakan semasa operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, di sini.
 
Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kematian aggota polis tersebut akibat kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati sepasukan polis daripada IPD Sik, anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan pasukan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah bersama orang awam telah memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, pada selasa lalu.
 
"Mereka bermalam di kompartmen 103, Hutan Simpan Ulu Muda untuk menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang dipercayai berlaku di kawasan tersebut.
 
"Menurutnya kira-kira pukul 3.00 petang semalam, mangsa bersama-sama dua orang awam bergerak ke kompartmen 124 di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan," kata Abdull Razak.
 
Bagaimanapun sehingga pukul 6.30 petang, mereka didapati belum pulang ke tempat penginapan yang terletak di kompartmen 103.
 
Seterusnya usaha mencari telah dijalankan oleh anggota pasukan yang lain namun hanya menjumpai kenderaan yang digunakan di persimpangan antara kompartmen 124 dan 125.
 
Abdull Razak berkata pada pukul 5.00 pagi tadi, mangsa dibawa balik ke kompartmen 103.

Bagaimanpaun siasatan lanjut mendapati ketika kejadian berlaku, mangsa dan dua orang awam dipercayai tersesat akibat cuaca gelap dan bunyi letupan kedengaran pada pukul 2.00 pagi tadi dan dipercayai mengenai mangsa pada bahagian hadapan.
 
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut dan mangsa disahkan meninggal dunia.
 
Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 65 tahun, merupakan orang awam pergi bersama-sama mangsa, ditahan bagi membantu siasatan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti punca tembakan menyebabkan kematian mangsa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI