KUALA LUMPUR, 18 Disember- Memegang dua jawatan serentak tidak seharusnya dijadikan isu.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata meskipun memegang dua jawatan penting, namun beliau percaya tanggungjawab keseluruhannya dipikul secara berpasukan.
Katanya, ia tidak menjejaskan operasi dan pentadbiran kedua-dua organisasi tersebut.
"Tiada siapa yang melaksanakan sesuatu tanggunjawab seorang diri. Kami ada pasukan. Jadi, kami ada pasukan yang sangat baik di MITRA dan kementerian turut mempunyai pasukan yang hebat. Seperti yang saya pernah kata sebelum ini, kementerian ini telah menggunakan hampir 99 peratus bajetnya pada tahun 2023. Ia antara kementerian ketiga terbaik. Ia menunjukkan keupayaan kakitangan dalam kementerian itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini.