fb fb fb fb fb

PDRM terima beberapa bangunan IPK dan IPD baharu - KDN

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin mengumumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima bangunan baharu Ibu Pejabat Polis (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), membabitkan beberapa negeri.

Antaranya ialah Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Pahang.

"Kita juga ada beberapa IPD baharu misalnya di Kapit, Sarawak dan Padang Besar, Perlis. Daripada peringkat negeri ke daerah kemudian turun ke balai polis termasuk kepada pondok pos kawalan. 

“Ada bahagian masing-masing. Bukan sahaja melalui bajet diumumkan Perdana Menteri, bahkan dalam tempoh tertentu ada pengumuman khas yang semuanya adalah untuk meningkatkan kemudahan fasiliti dan logistik bagi PDRM,” kata Datuk Seri Saifuddin dalam sidang media selepas majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berharap kementeriannya dapat mencapai titik persamaan antara aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan dalam menyelesaikan isu cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan kewarganegaraan.

"Kerajaan dalam soal ini mengambil semangat bahawa bukan semua pindaan akan diluluskan di Parlimen. Pada masa yang sama semua pindaan yang dicadangkan tidak sepatutnya ditinggalkan sepenuhnya," katanya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM