fb fb fb fb fb

PBAPP beri percuma 10,000 liter air pertama, perluasan rebat RM20 di Pulau Pinang

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri Zairil Khir Johari

GEORGE TOWN, 5 Jun - Kerajaan negeri minta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) supaya memberikan rebat dalam bentuk air percuma 10,000 liter pertama bagi setiap bil air selama enam bulan dan meluaskan skim Rebat Mesra Keluarga RM20 untuk isi rumah besar.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri Zairil Khir Johari berkata, pemberian itu berkuat kuasa Julai ini hingga Disember 2024 dan skim rebat pula melibatkan isi rumah besar iaitu lapan orang ke atas dengan pendapatan RM5,000 ke bawah.

Beliau berkata kerajaan negeri mengambil maklum rintihan mengenai kadar tarif air domestik baharu yang dilaksanakan, sejajar dengan pelarasan semula tarif air Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa sejak Februari lalu.

"Pulau Pinang masih lagi menikmati tarif kedua terendah di negara ini dengan tarif baharu, namun ramai mengeluh kerana peningkatan mendadak berbanding dengan tarif dahulu yang tidak diselaraskan selama 31 tahun bagi band pertama (20 meter padu) dan sembilan tahun bagi band-band lain," kata Zairil.

 

TETITIA YUSOFF