fb fb fb fb fb

PAU 2024: UMNO jemput PM, Ketua Parti kerajaan Perpaduan

Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming/ Foto RTM

PUTRAJAYA, 8 Ogos - Ketua-ketua parti dalam kerajaan perpaduan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diundang sebagai tetamu rasmi Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata jemputan bagaimanapun bergantung kepada kelapangan jadual mereka.

"Tahun lepas memang kita jemput pemimpin kerajaan perpaduan, sama ada datang atau tidak kita lihat kelapangan pemimpin berkenaan untuk menghadiri PAU kita", katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium Perancangan dan Pembangunan Desa Peringkat Kebangsaan 2024.

PAU 2024 dijadual berlangsung bermula 21 hingga 24 Ogos ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD