fb fb fb fb fb

Patuh proses pemeriksaan, elak sempadan sesak di BSI

JOHOR BAHRU, 23 Oktober- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjangka kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, akibat peningkatan kemasukan pengembara dari Singapura ke Malaysia pada musim perayaan Deepavali.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memaklumkan, pihaknya telah bersedia dengan membuka kaunter manual, autogate dan laluan motosikal MBike bagi melancarkan proses kemasukan.

Beliau berkata, proses kemasukan dapat dipermudahkan jika pengembara memberi kerjasama kepada pihak berkuasa semasa pemeriksaan dokumen dijalankan.

(Foto fail)

Pengembara juga perlu memastikan dokumen perjalanan tersedia serta masih dalam tempoh sah laku bagi mengelakkan daripada kemasukan ditolak.

Selain itu, ejen pelancongan diminta mengemukakan lebih awal senarai pelawat dan jumlah bas pelancongan seperti dipersetujui dalam sesi libat urus 12 Oktober lalu.

Media Baharu