fb fb fb fb fb

Pati warga Indonesia, tujuh termasuk tekong ditahan

MUAR, 11 Oktober- Enam pendatang asing tanpa izin (PATI), warga Indonesia ditahan polis dalam sebuah kenderaan berhampiran paya bakau di Parit Amat Laut, Parit Jawa, Muar, Johor, semalam.

Turut ditahan, seorang tekong berusia 39 tahun yang juga warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz menerusi kenyataan memaklumkan, kereta dalam keadaan mencurigakan itu diserbu Unit Risik Marin Wilayah II bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan Pasukan Risik Pasukan Gerakan Am Batalion 6.

PATI terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 59 tahun berasal dari Bengkalis, Indonesia.

Kereta dan telefon bimbit dirampas, dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, ATIPSOM 2007 serta Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63.


(PATI warga Indonesia ditahan polis dalam sebuah kenderaan
berhampiran paya bakau di Parit Amat Laut, Parit Jawa/FB Polis Daerah Muar)

Media Baharu