fb fb fb fb fb

Pasukan SAR adakan perbincangan sebelum teruskan operasi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR 30 Ogos- Pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini bersiap sedia untuk meneruskan operasi mencari mangsa tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lepas.

Pasukan terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta petugas IWK dilihat mengadakan perbincangan dipercayai mengenai operasi hari ini.

Mangsa merupakan G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter pada pukul 8.22 pagi.

Mangsa yang berada di negara ini bersama-sama keluarganya sedang berjalan kaki di kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI