Pasukan pengiring Tuanku Raja Muda Perlis terima motosikal BMW R 1250 RT

FOTO RTM

KUALA PERLIS, 4 Februari – Pasukan Pengiring Bermotosikal Istana Perlis menerima tiga buah motosikal baharu jenis BMW R 1250 RT bagi memperkukuh aspek keselamatan serta kelancaran tugas-tugas pengiringan rasmi Istana.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penerimaan tiga motosikal BMW R 1250 RT bagi memperkukuh keselamatan dan kelancaran tugas pengiring rasmi Istana.
  • Tuanku Raja Muda menerima penyerahan daripada Ketua Polis Perlis sebagai tanda kerjasama dan kesiapsiagaan pasukan pengiring.
  • Penyerahan mencerminkan komitmen PDRM Kontinjen Perlis terhadap profesionalisme dan tahap keselamatan tinggi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Ketua Polis Perlis, Timbalan Pesuruhjaya Polis DCP Datuk Muhammad Abdul Halim sempena Majlis Penyerahan Motosikal Baharu tersebut.

Penyerahan berkenaan bertujuan meningkatkan tahap kawalan pergerakan dan kesiapsiagaan pasukan pengiring, khususnya melibatkan urusan rasmi serta pergerakan Tuanku Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.

Ia turut mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis dalam memastikan profesionalisme dan tahap keselamatan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Dalam majlis berkenaan, Baginda turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PDRM Kontinjen Perlis atas usaha serta dedikasi berterusan dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan dan ketenteraman negeri.

Majlis penyerahan itu turut diadakan bersempena Program Konvoi Gemilang 60 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda kedua Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan