fb fb fb fb fb

Pastikan tiada penjualan rokok elektronik di kawasan sekolah

IPOH, 7 April - Kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri akan digerakkan dalam usaha memastikan tiada penjualan rokok elektronik di kawasan sekolah seluruh Perak.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata pihak sekolah juga akan menjalankan pemantauan berterusan bagi membanteras kegiatan tersebut.

Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak sekolah telah mempergiat kempen kesedaran secara meluas.

"Ada juga dibuat secara dalam kelas, kerana ini adalah peranan guru bimbingan kaunseling dan juga pihak pengurusan pentadbiran sekolah yang memastikan bahawa isu penyalahgunaan 'vape' di sekolah ni memang tidak akan berlaku, kerana dari segi peraturannya Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan tidak ada penjualan bahan-bahan rokok di kawasan sekolah khususnya kepada anak-anak didik kita," kata Khairudin dalam majlis Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam, Siri 3, di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy, di sini.

(FOTO HIASAN)

Terdahulu, Khairudin diminta mengulas kebimbangan ibu bapa terhadap kegiatan pelajar sekolah yang bebas membeli rokok elektronik yang mengandungi nikotin, susulan langkah kerajaan mengeluarkan bahan itu daripada Akta Racun 1952.

Media Baharu