fb fb fb fb fb

Pastikan program di KRT dilaksana ikut jadual- Halimah

NABAWAN, 18 September- Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri dan Intergrasi Nasional (JPNIN) serta Pegawai Perpaduan Daerah perlu memastikan setiap program di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dilaksana mengikut jadual dirancang.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, KRT di setiap kawasan boleh mengolah aktiviti bersesuaian sosio budaya komuniti setempat bagi membantu mencapai sasaran pelaksanaan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia.

Pada masa sama katanya, setiap Pengerusi perlu mempunyai buku program Gerak Kerja, Pelan Pemerkasaan Kepimpinan serta Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran, KRT.


(Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique)

Dalam pada itu, Datuk Halimah berharap KRT di seluruh negara dapat mengembangkan tanggungjawab membantu mempromosi perpaduan dan seterusnya berkerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan di sesebuah kawasan berteraskan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.

"Jadi saya harap mudah-mudahan bagi kawasan KRT tidak akan bekerja dalam kelompok sendiri tetapi memperkembangkan tanggungjawab KRT untuk mempromosi perpaduan, mempereratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dalam komuniti tersebut dan berkerjasama dengan semua badan-badan kerajaan, bukan kerajaan dan lain-lain", katanya.

Beliau melancarkan program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Pensiangan di Dewan Terbuka, di Nabawan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmy Yahya.

Program Semarak Komuniti Keluarga Malaysia, yang julung kalinya dilaksana di negeri tersebut bertujuan menyokong Aspirasi Keluarga Malaysia dan sebagai landasan tapak intergrasi bagi membina dan menyemarakkan semangat perpaduan kalangan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.



Media Baharu