(FOTO FAIL)
KUALA LUMPUR, 17 Januari- Pasaran getah Malaysia terus ditutup tinggi hari ini seiring dengan sentimen positif di pasaran getah serantau dan kelemahan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
Beliau berkata ringgit rendah apabila para peniaga kekal mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) selama dua hari bermula esok.
“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah susulan pertumbuhan lemah ekonomi China pada 2022,” katanya.
(FOTO FAIL)
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 12 sen kepada 602 sen sekilogram (kg) dan lateks pukal meningkat 3 sen kepada 508 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 596.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 510 sen sekilogam. -BERNAMA