fb fb fb fb fb

Parti STAR buka cawangan baharu di Labuan

Foto FB BES Labuan

LABUAN, 29 Julai - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah terus mengorak langkah memperkukuh parti dengan menubuhkan bahagian baharu di Labuan.

Penubuhan tersebut disempurnakan oleh presiden parti merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah Satu, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Usaha itu merupakan permintaan daripada rakyat di peringkat akar di Labuan bagi memudahkan persiapan parti itu untuk menghadapai Pilihan Raya Umum DUN Sabah, akan datang.

Matlamat parti memfokuskan kepada memperjuang dan melindungi hak rakyat, selain memperkukuhkan parti dalam pentadbiran kerajaan neger, khususnya di Sabah.

“Kita mempunyai keyakinan bahawa rakyat akan memberi sokongan kepada parti STAR dan calon-calonnya dan ini disebabkan keyakinan mereka tentang perjuangan yang konsisten”, katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan penaja Parti STAR Bahagian Labuan, di sini.

Jelasnya, STAR Bahagian Labuan telah mencatatkan dua ribu orang ahli ketika ini dan jumlah keahlian akan bertambah dari semasa ke semasa.

Hadir sama, Setiausaha Agung STAR Datuk Edward Linggu, Penyelaras STAR Parlimen Labuan Datuk Stephen Teo dan Ketua Penaja Bahagian Labuan Walther Philip Michael.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN