(Foto hiasan)
JOHOR BAHRU, 29 Mei- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memastikan pesta seks bebas yang dipromosikan menerusi Twitter minggu lalu, tidak akan dianjurkan di mana-mana lokasi di negeri itu walaupun berubah tarikh dan lokasinya.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bagi memastikan kegiatan tidak bermoral itu dapat dicegah dan diatasi.
"Tidak kira di mana ia berpindah atau berubah lokasi, kami akan pastikan ia tidak akan dilaksanakan.
"Jika dapat maklumat tentang perkara-perkara buruk seperti ini, segera lapor kepada pihak berkuasa atau kepada saya sendiri.
"Anda (identiti penganjur) telah diketahui, maka sembunyilah dekat mana sekali pun, kita akan tahu dan anda sedang diperhatikan. Terima kasih saya ucapkan kepada kehebatan PDRM yang dapat mengesan individu terbabit,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, parti tidak bermoral itu didakwa akan tetap berjalan seperti yang dirancang pada tarikh baharu dan lokasi yang dirahsiakan dengan peserta diberikan syarat tidak mengambil gambar atau sebarang video dalam parti tersebut.
(Mohd. Fared Mohd. Khalid)
Artikel berkaitan:
Penganjur 'Gang Bang JB Party' diberi amaran batal parti seks
Parti seks beramai-ramai: JAINJ diminta siasat, ambil tindakan segera