fb fb fb fb fb

Parlimen Tanjong Manis catat 89.5 peratus capaian internet pada suku keempat 2023

Foto Hiasan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Capaian internet di Parlimen Tanjong Manis mencecah 89.57 peratus setakat suku keempat tahun 2023,kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Menurut Nie Ching, kesemua 65 stesen pemancar sedia ada telah siap dinaik taraf dan 1,649 daripada 3,225 premis telah dilengkapi dengan akses perkhidmatan jalur lebar gentian optik berkeupayaan gigabit.

Selain itu, Nie Ching turut berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang meliputi pembinaan menara baharu, menaik taraf pemancar sedia ada dan penyediaan sambungan gentian optik kepada premis.

"Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah 'Point of Presence' (PoP) hab gentian optik.

"Sehingga 29 Februari 2024, bagi Parlimen Tanjong Manis, kesemua 5 PoP bagi Fasa 1 telah berjaya disiapkan menjadikan 530 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggan oleh komuniti setempat, manakala 23 PoP bagi Fasa 2 dalam peringkat pelaksanaan", katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Haji Yusuf Abd. Wahab yang ingin mengetahui peratusan kawasan berpenduduk di Parlimen berkenaan yang telah menerima liputan telekomunikasi dan internet bagi kemudahan komunikasi dan menjalankan urusan harian secara dalam talian di Parlimen hari ini.

Tambah Nie Ching, di bawah  inisiatif SMART 600 Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) sebanyak 2 daripada 12 buah menara baharu telah siap dan beroperasi di bawah inisiatif tersebut di Tanjong Manis.

Sementara itu, Nie Ching turut menjelaskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengemas kini Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) bertujuan memastikan perkhidmatan liputan kualiti internet bertambah baik selain meningkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan lebih baik.

"SKMM Pada 29 Disember 2023 menerbit pernyataan Suruhanjaya no 2  2023 iaitu standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan ini akan mula berkuatkuasa 1 April tahun ini dimana kita telah kemaskini standard mandatori bagi jalur lebar tanpa wayar dulu.

"Kami cakap tidak kurang 90% ujian perlulah mencapai kelajuan muatturun pd 2.5 mbps atau lebih tinggi  tp kuatkuasa 1 April purata kelajuan muat turun yg perlu dibekalkan perkhidmatan tidak boleh kurang daripada 7.7% bagi tahun 2025 dan sampai 2023 tak boleh kurang 10 Mbs", kata Nie Ching di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD