fb fb fb fb fb

Parkir bertingkat di bangunan HRPB dibuka semula kepada orang awam

IPOH, 1 Mac- Isu parkir bertingkat di bangunan baharu Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh yang tular baru-baru ini, berjaya diselesaikan.

Pengarah Kesihatan negeri Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming memberitahu kawasan meletak kenderaan itu kini dibuka semula kepada orang ramai yang mendapatkan rawatan di fasiliti terbabit.

Jelas beliau, sebelum ini parkir bertingkat itu ditutup buat orang ramai susulan langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.

"Pengarah hospital ada buat keputusan oleh kerana COVID-19, ada proses kerja dimana ada kurangkan orang awam masuk ke tempat itu kerana untuk memastikan semua orang yang masuk itu adalah berstatus vaksin. Oleh sebab itu, ada sikit kekeliruan. Sekarang mereka sudah buka semula kepada orang awam seperti dulu," kata beliau selepas menghadiri majlis pelancaran Logo Jelajah Denai Sungai Negeri Perak Sejahtera 2022, di sini.


(Datuk Dr Ding Lay Ming ditemui media ketika bersama tetamu pada majlis pelancaran logo Jelajah Denai Sungai Perak Sejahtera 2022)

Sebelum ini, tular di beberapa platform media sosial yang mendakwa parkir bertingkat itu hanya sekadar perhiasan kerana ia untuk kegunaan kakitangan sahaja dan bukan untuk kemudahan awam.

Media Baharu