fb fb fb fb fb

Pantau kesihatan pelajar sebelum benar terlibat aktiviti luar bilik darjah

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

MUAR, 20 April - Pihak sekolah dan ibu bapa diminta cakna berkaitan status kesihatan pelajar sebelum memberi kebenaran untuk melakukan aktiviti luar bilik darjah terutama ketika musim panas ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ibu bapa juga perlu jujur berkenaan masalah kesihatan anak mereka, supaya pihak sekolah dapat menyimpan rekod kesihatan setelah dimaklumkan.

Berdasarkan maklumat itu sekali gus dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadap pelajar ketika melakukan aktiviti sukan di sekolah.

"Sejurus kita ada pangkalan data dan pengkalan pendaftaran seperti itu, ibu bapa perlu secara jujurnya dan pihak sekolah tidak memaksa kanak-kanak untuk terdedah kepada situasi seperti itu kerana mereka golongan berisiko," kata Dr Dzulkefly kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbukan, di sini.

Semalam, seorang pelajar lelaki sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan meninggal dunia selepas rebah semasa menyertai aktiviti merentas desa di sekolah itu. 

Mangsa Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, dilaporkan rebah ketika menghampiri barisan penamat.

TETITIA YUSOFF