fb fb fb fb fb

Pantau, hentikan penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem - Mohd Na'im

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 November- Semua agensi bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diminta memantau dan menghentikan penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem.

Menteri berkenaan, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata pejabatnya juga sentiasa bekerjasama rapat dengan polis bagi membendung segala bentuk ajaran sesat yang bergerak secara 'rahsia’.

"Saya harap sangat khususnya pada masyarakat Islam di Terengganu yang mana fatwa dia telah keluar secara jelas berkaitan dengan ajaran tersebut maka kita perlu patuh.

"Dalam konteks ini pemerintah kerajaan Terengganu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan juga mufti dan jawatankuasa fatwa Terengganu yang telah mengeluarkan fatwa, kemudian fatwa tadi tu telah di warta," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Na'im turut menasihatkan masyarakat agar berwaspada dan melaporkan jika wujud ajaran sedemikian.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM